topbella

Saturday, October 2, 2010






BAGAIMANA MENAMPAL WALL STICKER




Terdapat 2 jenis sticker yang anda akan terima bergantung kepada jenis design yang anda pilih.

A)    Dengan transparent sticker
B)    Tiada transparent sticker

A) Dengan transparent sticker

1)    Buka bungkusan anda

Terdapat  2  barang didalamnya
1-    Sticker anda
2-    Transfer film
Sediakan beberapa peralatan asas
-Gunting
-Pisau kecil
-Kad (untuk proses meratakan)
Stickyourwall-Tools

2)    Bersihkan tempat yang hendak ditampal


Bersihkan segala habuk dan kekotoran dengan kain yang bersih sebaik-baiknya menggunakkan air.
Jika kotoran sukar ditanggalkan, gunakan alkohol ataupun cecair pencuci.Biarkan kering selama 20 minit.
Nota: Jika anda baru sahaja cat dinding anda, seelo-eloknya biarkan cat anda kering selama 2 hingga 3 minggu dahulu supaya ia tidak mudah melekat bila anda menanggalkan pelekat anda.

3)    Tanggalkan transparent sticker anda

Stickyourwall- sticker

4)    Tampalkan transparent sticker anda pada Wall sticker anda


Untuk mengelakkan daripada buble keluar daripada sticker anda, tampal transparent sticker anda pada hujung wall sticker anda kemudian ratakan ia dengan menggunakn kad.
Tetapi jika terdapat buble keluar, jangan risau , anda Cuma perlu menolak keluar perlahan-lahan buble tersebut.

5)    Ratakan permukaan wall sticker anda


Ini untuk memastikan ia transparent sticker anda betul-betul melekat pada wall sticker anda.

6)    Perlahan-lahan tanggalkan transparent sticker anda daripada wall sticker


Pastikan design pada wall sticker anda betul-betul melekat pada transparent sticker.  Jika terdapat design yang tidak melekat pada transparent sticker, letakkan balik transparent sticker pada tempat yang asal kemudian dengan perlahan-lahan tanggalkannya semula.
Ingat lakukannya dengan berhati-hati.

7)    Tampalkan pada dinding anda

Stickyourwall-Sticker
Tampalkan ia di dinding di mulai dari hujung sticker kemudian renggangkan sticker tersebut dan kemudian tampal keseluruhan sticker tersebut. Anda perlu memeggang pada hujung sticker tersebut untuk memastikannya ia kuat semasa proses menampal.
Sila pastikan kedudukan sticker tersebut benar-benar tegak.

8)    Tanggalkan transparent sticker


Dengan perlahan-lahan dan berhati-hati, tanggalkan transparent sticker tersebut.
Pastikan design wall sticker anda melekat pada dinding.

9)    Sekarang anda mempunyai wall sticker yang menarik pada dinding anda!!!

Stickyourwall-sticker
B) Tanpa transparent sticker
Terdapat  design yang tidak menggunakan transparent sticker ia kerana design tersebut merupakan design yang mudah. Anda hanya perlu menanggalkan sticker yang melekat pada wall sticker anda kemudian tampal pada dinding . Begitu mudah!!!!



No comments:

Post a Comment

StickyourWall

My photo
-I'm simple and outgoing person who lurve home deco so much.. -http://www.stickyourwall.com
 
StickYourWall© DiseƱado por: Compartidisimo